Wednesday, December 23, 2009

TEKNOLOGI MAKLUMAT DALAM PENDIDIKAN

TEKNOLOGI MAKLUMAT DALAM PENDIDIKAN

PENGENALAN

Penggerak utama kemajuan dan pembaharuan itu ialah ilmu pengetahuan dan
Penyebaran menerusi teknologi maklumat dan komunikasi atau information
technology and communication (ICT). Oleh kerana kuatnya pergantungan kepada
teknologi maklumat itu, maka abad ke-21, dicirikan sebagai abad teknologi maklumat
dan komunikasi.
Masyarakat Malaysia hari ini merupakan masyarakat yang hidup dalam era
globalisasi yang berorientasikan sains dan teknologi. Masyarakat sangat bergantung
kepada penggunaan sains dan teknologi dalam semua aspek kehidupan, dan pembaharuan
dan penggunaan unsur-unsur kreatif sangat penting dalam amalan hidup seharian.
Kementerian Pelajaran Malaysia telah menyesuaikan diri dengan perubahan ini
dengan memperluaskan penggunaan ICT di sekolah dan di institusi pendidikan tinggi.
Ini bermula dengan memperkenalkan subjek-subjek berkaitan seperti Perkomputeran
dan Teknologi Maklumat untuk pelajar di peringkat menengah dan mendirikan Sekolah
Bestari untuk mendedahkan murid-murid dari peringkat rendah lagi kepada komputer
yang digunakan untuk proses mengajar dan belajar.
Namun usaha kerajaan ini tidak akan berjaya jika anggota masyarakat tidak
dibudayakan sepenuhnya akan penggunaan komputer dan ICT. Pengalaman di negara
maju menunjukkan empat keperluan perlu ada jika kerajaan dan masyarakat ingin
meningkatkan pendedahan dan penerimaan masyarakat kepada teknologi maklumat dan
komunikasi. Keperluan itu ialah sikap penduduk dan pelajar mestilah positif dan
bersedia untuk berubah, prasarana komputer dan rangkaian komunikasi mestilah lengkap
dan mencukupi, tenaga yang terlibat untuk memperkenal dan memperluaskan teknologi
maklumat mestilah mahir dan wang mestilah mencukupi untuk menggerakkan semuanya
itu.ICT itu berlaku di kalangan remaja-remaja di sekolah dan di institusi pengajian tinggi di
Malaysia.


ICT MENINGKATKAN PEMBELAJARAN
Impak globalisasi dan perkembangan teknologi maklumat menuntut agar beberapa
perubahan dibuat dalam sistem pendidikan. Kualiti pendidikan negara akan bertambah
baik jika ICT digunakan kerana ia boleh meninggikan minat dan motivasi untuk belajar,
di samping mempercepatkan proses belajar. Kemahiran teknologi maklumat dan
komunikasi menukar secara besar-besaran cara pelajar menimba, mengguna dan
mengedarkan ilmu pengetahuan. Dengan sendirinya ini membolehkan pelajar bersedia
untuk bersaing secara global. Dalam konteks perkembangan yang dinyatakan di atas,
maka timbullah soalan-soalan khusus untuk sistem pendidikan di Malaysia hari ini, dan
untuk agensi-agensi lain yang terlibat dengan proses mendidik dan membudayakan
masyarakat golongan muda di bidang ICT. Apakah kesan tuntutan untuk
memperkembangkan ICT ini ke atas dasar dan amalan (practice) pendidikan?
Sejauhmanakah sistem pendidikan bersedia untuk memainkan peranannya? Apakah
perubahan dalam kaedah, sistem penilaian dan pengkayaan yang wajar dibuat? Pendek
kata, bagaimana sebenarnya proses pembudayaan untuk ICT ini harus dirancang dan
dilaksanakan?
Dalam membudayakan remaja dalam arus perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi, system pendidikan Negara haruslah bersedia mempromosikan budaya celik komputer, celik IT dan seterusnya budaya teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) di kalangan golongan muda.
Sejak 1999, sistem pendidikan telah mengalami perubahan dengan penerapan Sekolah Bestari di beberapa sekolah yang terpilih di seluruh negara.Ia merupakan salah satu inisiatif kerajaan bagi meningkatkan mutu pendidikan, dasar - dasar pendidikan negara yang sentiasa dikaji dan kurikulum diperkemaskan bagi memastikan berdaya saing untuk menghadapi alaf baru yang menekankan penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT).
Di samping itu, sekolah bestari merupakan salah satu platform terbaik untuk menjana perkembangan produktif yang dapat dicapai melalui kelahiran pakar teknologi, tenaga kerja yang mampu berfikir secara kritis, inovatif dan kreatif.
Selain itu, ia juga bertujuan bagi membentuk perkembangan potensi individu secara holistik dan bersepadu agar dapat menghasilkan individu yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Pewujudan, konsep Sekolah Bestari yang lengkap dengan teknologi terkini serta kemudahan prasarana itu secara tidak langsung berupaya untuk memperkasakan perkembangan ICT di kalangan rakyat.
Langkah tersebut membantu generasi muda untuk menguasai penggunaan aplikasi ICT selain merapatkan jurang digital antara penduduk luar bandar dengan penduduk di bandar. Pewujudan Sekolah Bestari ini merupakan satu daripada tujuh aplikasi perdana, Koridor Raya Multimedia (MSC) Malaysia. Berlandaskan ini, hasrat dan matlamat kerajaan Malaysia menggunakan sepenuhnya kepakaran teknologi dan pertumbuhan pesat prasarana MSC bagi menggalakkan lagi pertumbuhan modal insan di kalangan masyarakat tempatan.
Sehingga kini , terdapat 88 buah sekolah perintis telah dipilih untuk menjadi platform bagi melaksanakan konsep sistem Sekolah Bestari.Ia merangkumi aspek, kurikulum dan kokurikulum, sistem pengurusan sekolah, serta pelbagai aktiviti berteraskan kemudahan yang disediakan dan garis panduan yang ditetapkan. Justeru, dengan adanya staf profesional di kalangan tenaga pengajar (guru), kemudahan prasarana (sambungan Internet, komputer, alat bantuan mengajar digital, pusat maklumat) serta pentadbiran yang cekap secara tidak langsung mampu melahirkan para pelajar yang celik teknologi maklumat (IT).
Di Sekolah Bestari pembelajaran bercorak kendiri diterapkan, kurikulum lebih fleksibel dan terbuka berbanding sekolah biasa. Bagaimanapun, ramai mempunyai persepsi yang salah apabila menyebut tentang Sekolah Bestari, pada peringkat awal konsep Sekolah Bestari diperkenal- kan.
Sehubungan itu, bagi menyebarkan peranan sebenar dan konsep Sekolah Bestari kepada umum, Perbadanan Pembangunan Multimedia (MDeC) telah menganjurkan lawatan ke beberapa Sekolah Bestari di Sarawak bagi meneliti perkembangan sekolah-sekolah berkenaan. Kunjungan dua hari ke Sarawak itu adalah untuk melawat tiga buah sekolah iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bahasa Malaysia (BM) Saratok, Sekolah Menegah Sains Kuching dan Kolej Datu Patinggi Abang Haji Abdullah.
Penerapan penggunaan aplikasi ICT melalui perkakas yang disediakan memperlihatkan perlaksanaan Sekolah Bestari nyata mencapai objektif dan juga matlamat yang disasarkan. Ini meliputi sistem pengurusan, pendidikan dan juga aktiviti-aktiviti sekolah yang dipacu menggunakan aplikasi dan perkakas ICT. Secara tidak langsung, budaya memperkasakan ICT dapat diterapkan di kalangan para pelajar, guru-guru sekali gus kepada masyarakat setempat.
Dari segi pengurusan, sekolah-sekolah berkenaan menggunakan perisian khas yang bertujuan merekodkan segala data mengenai murid dan guru dari segi kehadiran, penggunaan kemudahan komputer ataupun makmal, kewangan, perpustakaan dan sebagainya. Penyepaduan kemasukan data ke pangkalan data yang sedia ada memudah- kan proses pencarian, penyimpanan dan pengurusan data yang efektif dapat dilakukan oleh pihak sekolah.
Sementara itu, dari sudut pembelajaran dan kurikulum pula, pelajar berpeluang untuk berinteraksi sendiri dengan sistem pembelajaran yang berbeza berbanding sekolah biasa. Perbezaan tersebut dapat dilihat dari segi teknik pengajaran bagi mata pelajaran tertentu yang memperlihatkan pembentangan dilakukan menerusi perisian ‘Power Point’. Penyediaan bantuan papan putih interaktif (interactive whiteboard) serta projektor melancarkan lagi proses pengajaran guru-guru di sekolah tersebut.
Sebagai tambahan, sekolah-sekolah tersebut turut menganjurkan program khas seperti bengkel, pertandingan, pameran dan juga minggu berkaitan ICT khusus untuk para pelajarnya. Dalam pada itu, pengajaran yang sistematik dan berkonsepkan modul turut menampakkan kelancaran membahagikan penggunaan kemudahan yang sedia ada. Ini adalah kerana, bilangan komputer yang sedia ada tidak mencukupi untuk digunakan oleh semua pelajar serentak.
Oleh demikian, pelajar-pelajar yang bakal menghadapi peperiksaan seperti Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM), Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR) diberi keutamaan untuk menggunakan kemudahan prasarana waktu sekolah.
Sementara pelajar lain seperti tingkatan satu dan dua bebas untuk menggunakan kemudahan selepas tamat masa persekolahan. Selain itu, kesemua pelajar turut diajar untuk menggunakan perisian dan aplikasi ringkas bagi membantu sistem pembelajaran mereka. Lebih menarik, para pelajar berupaya untuk mengumpul data dan maklumat mengenai sesuatu tugasan yang diberi melalui Internet dan kemudiannya menghantarnya kembali kepada guru berkenaan menerusi e-mel. Lebih membanggakan, kemahiran penggunaan aplikasi ringkas dan pengetahuan mengenai komputer yang diperoleh di sekolah itu, turut dikongsi dengan isi rumah masing-masing.
Selain itu, antara cabaran lain adalah sekolah tersebut kekurangan guru penyelaras ICT yang bertanggungjawab untuk mengendalikan program dan juga kemudahan prasarana sekolah.
Guru-guru serta juruteknik yang berkemahiran dalam bidang ICT perlu ditambahkan bagi setiap sekolah dalam usaha memastikan kelancaran.
Secara keseluruhan, menerusi lawatan ini, boleh dikatakan Sekolah Bestari merupakan platform terbaik untuk melahirkan generasi yang lebih berdaya maju, kreatif dan juga inovatif.
Namun apa yang lebih penting adalah, kewujudan Sekolah Bestari adalah untuk memupuk generasi muda supaya tidak mengadaptasi sistem pembelajaran menghafal, sebaliknya berfikiran kritikal bagi menghadapi dunia yang kian berkembang

SEJAUH MANAKAH KEBERKESANAN PENGUNAAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DALAM PENDIDIKAN DI MALAYSIA.
Penggunaan teknologi maklumat dalam bidang pendidikan di abad 21 bukanlah sesuatu yang baru. Malah boleh dikatakan hampir semua negara telah mengikuti perkembangan ini dan cuba merealisasikannya.Di Eropah, bidang teknologi maklumat dalam pendidikan telah diperkenalkan sejak awal tahun 60 an.Dalam konteks pendidikan, komputer dan teknologi maklumat dapat membantu dalam pelbagai urusan dan berpotensi mengayakan lagi persekitaran pengajaran dan pembelajaran. Di Malaysia penggunaan teknologi maklumat dalam pendidikan masih di peringkat permulaan namun pengunaannya semakin pesat dan memberangsangkan.
Saya berpendapat bahawa kerajaan telah berperanan untuk menjadikan pendidikan di Malaysia bertaraf dunia melalui Kementerian Pendidikan Malaysia, kementerian ini telah mengambil langkah drastik dengan melaksanakan beberapa perubahan untuk menjana sistem pendidikan agar selari dengan pemodenan yang banyak dipelopori oleh penggunaan teknologi terkini seperti penggunaan teknologi maklumat dalam pendidikan. Antara program yang sedang dilancarkan kementerian pendidikan adalah pelaksanaan sekolah bestari.
Sekolah Bestari yang cuba diwujudkan Kementerian Pendidikan Malaysia melalui beberapa sekolah rintis bertujuan untuk mengubah budaya persekolahan yang berdasarkan memori kepada lebih berpengetahuan, berpemikiran kreatif dan kritis serta budaya penyayang dengan menggunakan teknologi terkini. Ini dapat membuka peluang yang luas kepada penggunaan teknologi maklumat yang pasti akan memudahkan pelaksanaannya dalam bidang pendidikan.
. Mulai Januari 1999 internet saluran utama teknologi maklumat, menjadi sebahagian dari Sekolah Bestari. Pada awal tahun 2000 yang lalu, hampir semua ksekolah menengah telah diakses ke internet secara berperingkat. Kementerian Pendidikan dengan kerjasama dan bantuan kepakaran MIMOS telah melancarkan Projek Jaringan Pendidikan ( Sulaiman,1996 ). Melalui projek ini Kementerian Pendidikan telah menyediakan perkhidmatan rangkaian kepada para pelajar dan pendidik di samping menyediakan program latihan yang berterusan kepada guru-guru. khususnya Bahagian Pendidikan Guru telah dan sedang menjalankan Kursus Dalam Perkhidmatan (14 minggu) kepada guru-guru bertempat dibeberapa buah maktab.Melalui kursus ini guru-guru didedahkan kepada pelbagai kemahiran generik termasuk bidang teknologi maklumat yang menjadi tapak utama sebagai sumber dan alat penyebaran maklumat yang cepat dan berkesan.
Keberkesanan penggunaan teknologi maklumat juga bergantung kepada keterbukaan warga pendidik menerima teknologi maklumat dalam elemen pengajaran dan pembelajaran yang di rancangkan oleh mereka. Warga pendidik contohnya guru, yang menjadi nadi dan tulang belakang yang menjana keberkesanan pendidikan secara keseluruhannya, kita dapati semakin ramai di kalangan mereka sudah celik teknologi maklumat. Jika lima tahun lalu, hampir tiada guru di Malaysia mengetahui apa itu Internet apa lagi menggunakan Internet. Kini bilangan guru yang mempunyai akses ke Internet sudah semakin bertambah malahan mereka telah menganggap teknologi maklumat merupakan sesuatu yang perlu untuk memudahkan proses P&P mereka. Perkembangan pesat dalam pengunaan teknologi maklumat dalam pendidikan merupakan satu jalan yang cerah untuk menjayakan pendidikan bertaraf dunia.
kesedaran ibubapa akan kepentingan penggunaan teknologi maklumat banyak membantu anak-anak mereka menggunakan teknologi ini dengan lebih efektif. walau bagaimana pun setiap keluarga sekurang-kurangnya memiliki sebuah komputer di rumah mereka kerana , Teknologi maklumat berkait rapat dengan penggunaan komputer. Menyedari hakikat ini kerajaan telah mengambil langkah bijak dengan mengalakkan sesebuah keluarga mempunyai sekurang-kurangnya sebuah komputer masing-masing di rumah

Bagi menyempurnakan hasrat ini, kerajaan telah memudahkan kita dengan memberikan kelonggaran untuk mengeluarkan wang simpanan masing-masing melalui akaun Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), sebanyak RM3500.00 bagi pembelian komputer untuk ahli-ahli KWSP. Dari sini kita sedar, maklumat-maklumat yang bakal dapat dan guna dari penggunaan komputer itu sangat bergunaTeknologi komputer telah terbukti sebagai mesin elektronik yang anjal dan berkeupayaan tinggi. Kepantasan dan kecekapan komputer dalam melaksanakan tugas-tugas yang melibatkan pengiraan yang tepat serta menganalisis dan meramal keadaan cuaca, meletakkan kedudukan komputer sebagai media yang semakin diperlukan dalam kehidupan kita.
Peranan sektor swasta juga banyak membantu perkembangan pengunaan teknologi maklumat, kerana sememangnya kita tahu penggunaan teknologi maklumat memerlukan kos, maka kekangan kos inilah biasanya membataskan pengunaan teknologi maklumat. pada masa kini , kadar bayaran untuk mengakses internet semada melalui TM-Net atau Jaring telah menurun, malahan syarikat besar seperti Telekom berkerjasama dengan Kementerian pendidikan untuk menghasilkan Telekom Smart School yang menyediakan pekej P&P melalui Laman Web yang dinamakan getCyberEd.com.
Sistem pendidikan sekolah di Malaysia hari ini dikatakan dapat menyediakan pelajar-pelajar yang serba boleh bagi menghadapi masa depan yang lebih mencabar. Dari masa ke semasa, kerajaan akan sentiasa mencari jalan supaya pendidikan di Malaysia dapat dipertingkatkan. Dalam keghairahan mengguna teknologi maklumat dalam pendidikan, kita harus berwaspada terhadap bahaya dan kesan negatif akibat penggunaan yang tidak terkawal. Walau apapun pandangan kita, penggunaan teknologi maklumat dalam pengajaran dan pembelajaran sedikit sebanyak sudah pasti akan mengubah corak pendidikan masa depan dan tingkah laku kanak-kanak. Oleh itu, pengawalan dan pengawasan yang rapi harus diberikan apabila menggunakan teknologi canggih ini
Kesan ICT dalam P&P
Penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran banyak memberi kesan yang baik kepada murid-murid khususnPenggunaan ICTya yang di sekolah rendah.Namun begitu terdapat juga kelemahan yang timbul kesan danjukkanripada penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran.
Penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran dapat meningkatkan kecekapan dan keberkesanan hasil pembelajaran.Hal ini kerana guru dapat membuat persiapan dan bersedia dengan lebih awal dalam menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran.Melalui cara ini guru dapat mencari maklumat-maklumat berkenaan dengan pengajaran dengan lebih baik seterusnya dapat menyampaikan kepada pelajar secara berkesan.Melalui penggunaan alat ICT sebagai alat bantu mengajar maka proses pengajaran dan pembelajaran akan lebih menarik dan dan berkesan contohnya menggunakan alat seperti powerpoint,flash,video,visual dan mereka hanya perlu mengaplikasikan alatan tersebut ke dalam proses pengajaran dan pembelajaran.Melalui cara ini proses pengajaran dan pembelajaran dapat di jalankan dengan lebih mudah,ringkas dan padat kerana pelajar akan didedahkan dengan gambaran dan persembahan menarik serta mudah untuk di fahami.Justeru itu pelajar tidak akan mudah merasa jemu dan bosan dalam menjalani proses pengajaran dan pembelajaran kerana tertarik dengan gaya persembahan yang ditunjukkan melalui ICT.
Di samping itu kesan penggunaan ICT ialah dapat menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih aktif serta mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan.Dengan adanya ICT guru dapat mempelbagaikan proses pengajaran dan pembelajaran dan bukan hanya ketertumpu kepada teknik pengkuliahan sahaja bahkan dapat mempertingkatkan kualiti pengajaran dengan menggunakan pelbagai kemudahan yang terdapat dalam ICT.Melalui penggunaan alat ICT guru dapat menerangkan kepada pelajar dengan lebih terperinci serta mendalam mengenai sesuatu subjek.Contohnya penggunaan internet sebagai alat untuk mendapatkan maklumat-maklumat terkini mengenai dunia pendidikan.Kemahiran menggunakan internet membolehkan guru dan pelajar mendapatkan maklumat dan pengetahuan yang terkini dengan lebih cepat serta efisen tanpa perlu menunggu masa yang lama seterusnya dapat di gunakan dalam aktiviti pembelajaran.Melalui cara ini kualiti pengajaran dan pembelajaran akan lebih berkesan kerana maklumat-maklumat dapat terus di akses kedalam sistem.
Penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran amat penting kerana ia dapat meningkatkan kemahiran guru dan pelajar.Melalui penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran pelajar akan didedahkan dengan pelbagai alatan dan bahan mengenai ICT seperti komputer,LCD,CD,pendrive,hardware,software,internet dan sebagainya.Semua benda yang berkenaan dengan ICT mempunyai berbagai fungsi dan kegunaannya yang tersendiri dalam menjalani proses pengajaran dan pembelajaran disekolah.Hal ini kerana melalui penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran guru dan pelajar akan lebih menguasai teknologi-teknologi terkini yang dapat membantu dalam memahami setiap subjek yang dipelajari serta menyimpan,memproses dan merekod setiap maklumat yang diperolehi.Kemahiran dalam menggunakan ICT ini mampu memberi nilai tambah kepada guru agar dapat menggunakannya untuk menyampaikan ilmu kepada pelajar agar ianya mudah untuk di fahami.Di samping itu guru juga dapat menambahkan pengetahuan mengenai sistem ICT melalui pengalaman yang diperolehi semasa menjalankan proses pengajaran tersebut.Ini kerana semasa proses pengajaran dan pembelajaran guru dan pelajar akan saling berinteraksi tentang apa yang dipelajari serta bertukar pendapat mengenai keberkesanan menggunakan sistem ICT ini disamping memberi cadangan bagi meningkatkan lagi kualiti penyampaian.Melalui cara ini guru dan pelajar akan berusaha lagi menambahkan pengetahuan mengenai teknologi ICT ini.Dalam era dunia tanpa sempadan ini guru dan pelajar perlu menggunakan setiap teknologi yang ada agar tidak ketinggalan khususnya didalam bidang pendidikan yang banyak menggunakan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran.Pengetahuan yang mendalam mengenai ICT amat penting bagi guru agar ianya dapat di aplikasikan dalam proses pengajaran dan pembelajaranbagi memudahkan lagi pemahaman murid.
Selain itu manfaat yang diperolehi kesan daripada penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran ialah dapat memberi peluang pembelajaran yang sama kepada semua pelajar yang pelbagai keupayaan.Didalam sesebuah kelas tidak semua pelajar mempunyai kebolehan yang sama dalam menerima sesuatu yang di ajar oleh guru.Justeru itu melalui penggunaan ICT murid-murid dapat memahami apa yang di ajar dengan lebih jelas kerana proses pengajaran dan pembelajaran akan lebih menarik serta berkesan hasil daripada penggunaan alatan ICT tersebut.Contohnya melalui pengunaan alat seperti powerpoint,grafik,audio,video dan sebagainya maka murid-murid akan lebih memahami setiap apa yang di ajar kerana di beri gambaran dan persembahan dan persembahan yang lebih mudah untuk di fahami berbanding dengan proses pengajaran dan pembelajaran yang berbentuk pengkuliahan.Melalui cara ini setiap masalah yang timbul dapat segera di maklumkan oleh pelajar kepada guru kerana mereka mudah bertindak balas terhadap sistem yang di ajar menggunakan ICT.
Kesan-kesan penggunaan Internet dan e-mel secara meluas
Dikirim pada 16 Mac, 2008 oleh admin

Dalam era perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi yang begitu pesat, Internet merupakan saluran maklumat dan komunikasi yang digunakan secara meluas. Internet merupakan rangkaian komputer komunikasi yang terbesar di dunia. Rangkaian induk ini menggabungkan ratusan ribu sistem komputer lain. Lebuh raya maklumat antarabangsa ini tidak dimiliki sesiapa dan tidak ada pihak yang mampu mencegahnya di bawah konsep langit terbuka. Intemetjuga menawarkan kemudahan e-mel. Sesungguhnya, Internet ini mendatangkan pelbagai implikasi.
Masyarakat berilmu dapat diwujudkan dengan adanya Internet. Melaluinya, ungkapan “katak di bawah tempurung” tidak timbul lagi. Pengguna komputer hanya perlu menggunakan hujung jari bagi menjengah maklumat terkini dalam semua bidang. Peristiwa yang berlaku di mana-mana sahaja dapat kita ikuti dengan serta-merta. Hal ini membolehkan kita membina satu masyarakat yang berilmu.
Internet banyak membantu dunia perniagaan. Pengusaha dapat mengiklankan perkhidmatan atau barang dalam ruang siber dan mendapatpulangan daripadanya. Misalnya, kini RTM-Net mendapat 90,000 pelanggan manakala Utusan Malaysia Online memikat setengah juta pengguna. Melaluinya, pasaran global dapat dicapai secara terus. Perbankan, urus niaga saham, penerbitan, dan pengiklanan juga dijalankan melalui Internet. Urus niaga jual beli dapat dijalankan serentak dengan berbekalkan nombor kad kredit yang sah. Pelaburan antarabangsa dapat berkembang pesat. Para pelabur, baik dalam pertukaran asing, Baham mahupun perniagaan, dapat menghubungi pihak sasarannya.
E-mel pula berkesan dalam komunikasi pelbagai hala. Kemajuan ini telah mendekatkan hubungan sesama negara dan man usia. Penggunaan teknologi digital optik fiber menggantikan filem dan video. E-mel ibarat pejabat pos, manakala jaringan telekomunikasi berupa posmen. Surat-menyurat dan maklumat dapat dihantar ke seluruh pelosok dunia dalam sekelip mata sahaja asalkan dapat sambungan Internet. Perhubungan antara manusia telah dipermudah dan dipercepat lagi .

Internet juga akan merevolusikan dunia pendidikan. Pendidikan jarak jauh dapat dijalankan. Pelajar dapat memilih kursus-kursus kesukaannya bila-bila sahaja. Pelajar juga tidak perlu menghadiri kuliah dan tinggal di kampus. Dengan menggunakan CD-rom, pemelajaran dan perolehan ilmu tidak membosankan. Latihtubi dapat dijalankan dan kelemahan pelajar mudah di betulkan. Hal ini mendatangkan kesan yang berlipatganda. Para pengajar dan pelajar juga dapat memperoleh maklumat dan dari universiti di seluruh dunia.
Internet bagaikan pisau tajam. Pisau dapat mengukir sesuatu yang indah, dan juga dapat membunuh. Inilah pancaran kesannya. Pihak yang tidak bertanggungjawab boleh menyalurkan maklumat yang berunsur pornografi, propaganda, ajaran sesat, dan sebagainya melalui Internet. Adalah sukar bagi kita menghalang, menyaring, dan menyekat penggunaan dan pengaliran bahan negatif daripada meresapi minda kita. Hal ini memang membimbangkan kita. Pemuda pemudi kita mungkin terdedah kepada nilai yang bercanggah dengan nilai murni kita. Akibatnya, keruntuhan sosial mungkin berlaku. Internet menjajakan seks dan menyebarkan fitnah Berta menjadi lebuh raya sampah dan jaringan lucah berkelas dunia.
Internet juga membuka jalan kepada jenayah komputer. Orang yang mahir dalam komputer dapat menceroboh masuk ke dalam sistem komputer sesebuah syarikat menerusi laman webnya di Internet. Mereka mahir memecahkan kod sekuriti komputer untuk memasuki sistem komputer itu. Mereka akan mencuri maklumat penting untuk dijual kepada pesaing syarikat tersebut. Mereka juga dapat menukar atau merosakkan data di dalam komputer itu. Ada pula penjenayah yang menyebarkan virus tertentu melalui e-mel sehingga melumpuhkan sistem komputer. Terdapat pula pihak-pihak yang menganjurkan “skim cepat kaya” diInternet untuk menipu orang. Mereka mempelawai pengguna Internet menyertai skim itu dengan membayar yuran penyertaan. Sebenarnya, skim sedemikian tidak selamat dan orang yang menyertai skim tersebut kehilangan yuran penyertaan mereka. Sudah ada banyak kes penipuan dan jenayah komputer dilaporkan dalam akhbar. Hal ini menunjukkan Internet amat berbahaya jika disalahgunakan.
Ketagihan Internet juga akan mengubah hidup dan peribadi seseorang. Kita tidak perlu berganjak dari kerusi untuk mengikuti perkembangan antarabangsa. Orang yang dilanda “demam” Internet mungkin melupakan corak hidup yang perlu dilaksanakan. Mereka akan mengabaikan produktiviti kerja. Ibu bapa mengabaikan anak-anaknya. Manusia mungkin memencilkan diri semata-mata hendak menyelami maklumat dalam Internet yang tanpa batasannya. Amalan hidup berkelompok, bagai aur dengan tebing, akan terhakis. Sebaliknya, akan muncul amalan enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing. Oleh rtu, Internet merenggangkan hubungan sesama manusia.
Ledakan teknologi maklumat dan komunikasi banyak mengubah kehidupan manusa. Kemajuan ini membukajendela kepada kemungkinan, kegilaan, dan malapetaka baru, bergantung pada cara-cara kita memanfaatkannya atau menyalahgunakannya. Ibu bapa perlu mengawasi anak-anak mereka ketika mereka melayari Internet. Ketahanan diri itulah yang menjamin kita tidak diracuni unsur negatif melalui Internet.
Kesan Ekonomi Global kepada Malaysia
Ditulis oleh misai 140 hari lalu (http://mohamadsofee.blogspot.com)
Kategori: Moneytalk
Secara relatifnya, negara berjaya melalui pelbagai ujian baik dari segi politik, ekonomi dan sosial sejak 50 tahun lalu biarpun terpaksa melalui rencam halangan serta dugaan semasa yang sangat mencabar. Prestasi dan kedudukan ekonomi Malaysia tetap berada dalam keadaan memberangsangkan walaupun perkembangan semasa perdagangan antarabangsa, domestik dan pasaran saham agak kurang stabil sejak kebelakangan ini. Realiti ini adalah bersifat global dan bukan Malaysia sahaja yang merasainya bahkan merangkumi negara-negara maju dan membangun lain termasuklah Amerika Syarikat (AS) sendiri.

Sungguhpun begitu, ekonomi global diramal terus berkembang perlahan pada kadar 3.9 peratus pada 2009 berbanding 4.1 pada 2008 berikutan ketidaktentuan prospek pertumbuhan ekonomi AS berikutan krisis gadai janji subprima dan pasaran perumahan yang lemah di sana yang masih membelenggu dan memarahkan lagi keadaan fundamental ekonominya. Ini diburukkan lagi dengan pengumuman bankrap terhadap Lehman Brothers, bank pelaburan terbesar Amerika Syarikat (AS), ketika Rizab Persekutuan dan bank utama global mengambil langkah strategik mengukuhkan pasaran kewangan.

Pengumuman kerugian besar syarikat kewangan terkemuka seperti Merill Lynch dan American International Group Inc (AIG) menyebabkan pelabur hilang keyakinan terhadap pasaran kewangan AS, sekali gus mempengaruhi sentimen di pasaran kewangan global. Dalam perkembangan berkaitan, usaha Bank of America membeli bank pelaburan Merril Lynch bernilai AS$50 bilion dalam satu urus niaga yang mewujudkan syarikat perkhidmatan kewangan terbesar dunia. Susulan pembelian itu, Bank of America akan memiliki pembrokeran terbesar di dunia dengan kira-kira 20,000 penasihat dan aset pelanggan bernilai AS$2.5 trilion. Di sini, apa yang berlaku di AS boleh memberi kesan dan tempiasan kepada ekonomi Malaysia memandangkan hubungan perdagangan sangat penting wujud sejak sekian lama.

Keadaan ini sudah tentu memberi tekanan kepada Malaysia biarpun secara amnya ekonomi Malaysia mencatatkan pertumbuhan melebihi jangkaan dengan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) meningkat 6.7 peratus dalam tempoh separuh pertama 2008. Pertumbuhan itu disokong kecergasan penggunaan awam dan swasta serta permintaan luar yang kukuh. Bagaimanapun, pertumbuhan ini dijangka perlahan bagi tempoh separuh kedua tahun ini berikutan persekitaran luar yang tidak menentu termasuklah harga minyak mentah yang masih tidak menentu dijangka memberi kesan negatif terhadap pertumbuhan eksport, terutama bagi produk elektrik dan elektronik (E&E).

Dari sudut ekonomi domestik, tekanan inflasi akibat kenaikan harga minyak mentah sebelum ini dan peningkatan harga makanan dijangka memberi kesan kepada perbelanjaan pengguna dan pelaburan dari mask e semasa. Meskipun berdepan cabaran ini, ekonomi negara diharapkan masih mampu terus memperoleh manfaat berikutan harga komoditi yang teguh serta pertumbuhan kukuh negara membangun dan negara ekonomi sedang berkembang pesat, justeru dapat mengurangkan kesan ekonomi global yang agak perlahan. Sehubungan itu, sektor perkhidmatan yang berpotensi tinggi untuk diterokai seperti kewangan, profesional dan perniagaan, pembinaan, pendidikan dan latihan serta pelancongan perlulah diperkemas serta dimantapkan lagi sewajarnya. Selain itu, perkhidmatan kesihatan, logistik dan perkhidmatan teknologi maklumat merupakan sektor yang dilihat dapat menyediakan peluang besar kepada syarikat-syarikat tempatan.

Ini adalah kerana, pertumbuhan ekonomi yang pesat dan berdaya maju membuka peluang besar kepada keuntungan syarikat meningkat, sekali gus meningkatkan perolehan kerajaan kerana melalui keuntungan tersebut, kerajaan mendapat hasil cukai yang lebih tinggi. Daripada perolehan cukai yang semakin tinggi ini, kerajaan boleh melaksanakan pelbagai program pembangunan untuk rakyat, menyediakan kemudahan awam, membasmi kemiskinan dan sebaginya. Oleh yang demikian, sektor industri terutamanya perlulah diperkasakan lagi memandangkan ianya menyediakan peluang pekerjaan yang banyak kepada rakyat tempatan dalam usaha mengeluarkan hasil lebih tinggi dan bahan digunakan juga bertambah.

Hasil keluaran komoditi utama negara juga perlu dipertingkatkan seperti jumlah keluaran minyak sawit mentah dan getah yang harganya kini melonjak tinggi dan memberi pulangan lumayan kepada penanam serta penoreh sekali gus menyumbang kepada perkembangan ekonomi negara. Di samping itu, industri pelancaongan negara juga wajar dipertingkatkan kerana ianya turut menyumbangkan kepada pendapatan negara. Pada tahun 2007, menyaksikan kedatangan lebih 20 juta pelancong asing ke Malaysia dengan meraih hasil bernilai RM46.7 bilion sempena Tahun Melawat Malaysia 2007 dan secara tidak langsung menyumbang kepada perkembangan sektor perkhidmatan negara termasuk perhotelan, kraftangan, seni halus, perniagaan runcit, restoran, kewangan dan sebagainya.

Pelaksanaan projek di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9), koridor ekonomi dan sistem penyampaian mestilah diperbaiki dan dipertingkatkan agar dapat memberi kesan positif jangka panjang kepada ekonomi negara. Tahap keyakinan pelabur asing ke negara kita hendaklah berada pada tahap yang tinggi biarpun terpaksa berhadapan dengan tekanan politik dalaman dan dalam hal ini pelabur tidak akan mengambil risiko kewangan untuk melabur sekiranya mereka tidak yakin dengan kerajaan yang ada dan wujudnya ketidakstabilan politik. Oleh itu, usaha dan tindakan pantas menarik serta meningkatkan keyakinan pelabur perlu dipergiatkan lagi dari masa ke semasa. Setakat ini negara juga berdepan dengan kelebihan negara membangun lain seperti China, Vietnam, India, Thailand, Indonesia dan sebagainya yang dilihat saingan utama kepada negara.

Menurut Tan Sri G. Gnanalingam, Pengerusi Eksekutif Wesports bahawa selepas mengalami pembangunan kira-kira 50 tahun, kita boleh menyatakan bahawa negara ini memiliki salah satu infrastruktur yang terbaik di dunia di segi jalan raya, lapangan terbang, pelabuhan dan malah Koridor Raya Multimedia. Kerajaan telah melakukan banyak usaha agar setiap rakyat memiliki sebuah rumah, setiap murid mempunyai mejanya sendiri di sekolah, setiap pesakit di hospital mempunyai katilnya sendiri dan malah negara ini menyediakan pekerjaan bagi setiap 2.5 juta pekerja asing di samping pendapatan negara diagihkan kepada rakyat dalam bentuk penyediaan peluang pekerjaan, kemudahan awam yang lebih baik termasuklah pendidikan, kesihatan, perumahan dan sebagainya.
.
Sambil ekonomi negara telah berkembang sejak 50 tahun lepas pada kadar 6.0 hingga 8.0 peratus setahun, pemberian upah di negara ini dikatakan tidak sepadan dengan pertumbuhan sedemikian memandangkan kebanyakan syarikat sektor swasta di sini masih lagi membayar upah kepada pekerja yang bertaraf dunia ketiga. Sejak 50 tahun lepas, pembayaran upah di Singapura telah meningkat 7.5 kali daripada upah di Malaysia dan secara perbandingannya, pendapatan rakyat di Hong Kong lebih tinggi dari di Singapura dan rakyat Jepun menerima pendapatan lebih dari rakyat Hong Kong. Ini penting dan perlu diberi perhatian oleh semua pihak kerana melibatkan prestasi dan produktiviti pekerja di negara kita.

Adalah diharapkan pelan dan formula peralihan kuasa yang mungkin akan dipercepatkan di antara Perdana Menteri dan timbalannya seperti mana yang telah dipersetujui dan pertukaran portfolio yang melihatkan perlantikan Menteri Kewangan 1 yang baru serta penurunan harga minyak yang dijangka bakal dilakukan sebelum hari raya Aidilfitri ini diharapkan mampu merangsang dan memacu ekonomi negara di landasan yang betul. Rakyat menaruh kepercayaan yang tinggi serta berharap agar kerajaan dapat melakukan sesuatu agar kestabilan ekonomi, politik dan sosial di dalam negara kekal berada pada tahap yang terbaik dan kukuh pada masa hadapan.


RUJUKAN

KLCI susut bawah 1,000 mata, Berita Harian, 19 September 2008
Malaysia kurang terjejas krisis kewangan AS, 19 September 2008
Ekonomi negara tetap kukuh, 19 September 2008
Bank pelaburan Amerika bankrap, Berita Harian, 16 September 2008
'Infrastruktur kelas pertama, upah dunia ke-3', Utusan Malaysia, 15 September 2008
Kenapa masih tidak yakin?, Mingguan Malaysia, 25 Februari 2007
Tahun Melawat Malaysia raih RM46.7b, Utusan Malasyia, 18 Februari 2008

PEMULIHARAAN ALAM SEKITAR

Tajuk:
Pemuliharaan alam sekitar
Pengenalan
Perlindungan alam sekitar merupakan agenda kerajaan pada masa kini iaitu abad yang ke 21, ia sebenarnya melibatkan 4 bidang utama iaitu tanah, udara, sungai dan laut. Di samping itu isu alam sekitar juga membabitkan perlindungan kepada kepelbagaian biologi (biodiversity) kerana ia juga mempunyai kaitan secara langsung dengan 4 bidang .Hasil dari pelbagai kajian yang telah dijalankan oleh badan-badan Kerajaan dan bukan Kerajaan di seluruh dunia berhubung perlindungan alam sekitar mendedahkan beberapa fakta yang sangat membimbangkan. Antaranya adalah seperti berikut:-
a. Lebih kurang 20% kawasan tanah hijau dirosakkan oleh aktiviti penternakan dan pertanian manakala hakisan tanah dianggarkan berjumlah 25 bilion tan setahun.
b.Kadar kepupusan hutan dianggarkan melebihi 14.6 juta hektar iaitu bersamaan saiz keluasan negara Nepal.
c.Lebih 220 juta hektar hutan tropika dirosakkan akibat aktiviti pengeluaran makanan yang tidak diurus dengan baik.
d.Sebanyak 80 negara meliputi 40% penduduk dunia menghadapi kekurangan air yang serius pada pertengahan tahun 1990an. Dianggarkan pada tahun 2025, sebanyak 2/3 daripada penduduk dunia akan tinggal di negara yang menghadapi masalah air yang serius.
e.Lubang ozon semakin membesar sehingga mencecah saiz 3 kali ganda negara USA pada September 2000.
f.Lebih kurang 30-40% kes penyakit asma dan 20-30% penyakit berkenaan pernafasan telah dikaitkan dengan pencemaran udara.
g.Lebih kurang 1/3 daripada terumbu batu karang akan lenyap daripada muka bumi dalam tempoh 30 tahun akan datang.
Apa yang amat mendukacitakan ialah kebanyakan fenomena ini berpunca daripada aktiviti yang dilakukan oleh manusia sendiri. Keghairahan dan sifat tamak serta rakus manusia yang berselindung di sebalik nama pembangunan telah memusnahkan kebanyakan warisan alam sekitar yang sangat berharga. Sesetengah bencana alam seperti tanah runtuh dan banjir kilat berkait rapat dengan sifat kegelojohan manusia yang berterusan merubah bentuk semula jadi muka bumi. Kilang-kilang melepaskan asap dan gas “rumah hijau” ke udara mengakibatkan peningkatan suhu dan penipisan lapisan ozon. Ini diikuti dengan penghijrahan besar-besaran penduduk desa ke bandar besar bagi menyahut arus pembangunan yang menyebabkan bukit digondol bagi membina rumah kediaman. Air sungai dan laut mula tercemar oleh sisa toksik menyebabkan kemusnahan sumber flora dan fauna. Tidak dapat dinafikan proses perindustrian ini merupakan keperluan untuk tamadun manusia. Malangnya usaha pemodenan ini tidak diseimbangkan dengan pemuliharaan alam sekitar.
Tanggungjawab bagi memulihara alam sekitar perlu penglibatan dan komitmen semua pihak daripada peringkat Kerajaan, sektor swasta, pertubuhan dan juga individu. Ianya mesti dilakukan dengan pembentukan budaya dan penghayatan nilai mesra alam dan mewujudkan keadaan yang saling memerlukan di mana setiap pihak memainkan peranan masing-masing. Di Malaysia, Kerajaan telah menerajui tanggungjawab ini dan merupakan agenda utama dengan mengambil tindakan proaktif menggalakkan penglibatan sektor swasta di samping meningkatkan penguatkuasaan undang-undang. Antara langkah yang telah
diambil Kerajaan adalah seperti berikut:-
a.Meningkatkan usaha menguatkuasakan undang-undang berkaitan alam sekitar;
b. Menggubal Dasar Kepelbagaian Biologi Kebangsaan 1998; Dasar Alam Sekitar pada Oktober 2002 dan Dasar Tanah Lembap Kebangsaan 2004;
c.Menambah peruntukan kewangan untuk mengatasi masalah alam sekitar;
d.Meningkatkan program kesedaran tentang pentingnya pemuliharaan alam sekitar.
e.Penglibatan aktif dalam persidangan/konvensyen peringkat antarabangsa mengenai alam sekitar.
Walaupun berbagai usaha dijalankan oleh pihak Kerajaan namun kesedaran dan komitmen pihak-pihak tertentu dalam menangani masalah ini masih rendah. Saban hari kita membaca dan melihat di kaca televisyen perbuatan seperti membuang sampah dan sisa toksik di merata tempat, penebangan pokok balak secara haram yang menjejaskan laluan air dan tanah runtuh serta pembakaran sampah secara terbuka. Ketidakberkesanan penguatkuasaan undang-undang.
Kesan perbincangan agenda kerajaan (Pemuliharaan alam sekitar)
Manusia juga menyumbang kepada pencemaran alam sekitar. Penggunaan kenderaan dan jentera yang menggunakan bahan api fosil(petrol dan diesel) menyebabkan pencemaran udara yang teruk. Hasil pembakaran bahan api fosil menghasilkan gas beracun seperti karbon monoksida dan sulfur dioksida. Kilang-kilang yang didirikan boleh menghasilkan sisa toksik(beracun) seperti bahan buangan radioaktif dan merkuri. Dalam industri pertanian pula, penggunaan racun yang berleluasa boleh mengancam keselamatan alam sekitar. Insektisid(racun serangga) seperti DDT boleh masuk ke rantai makanan. Sumber makanan seperti daging dan ikan mengandungi DDT yang seterusnya akan di makan oleh manusia. Jika hendak disenaraikan punca pencemaran, amatlah banyak sehinggakan website ini tak cukup untuk menampung senarai tersebut. Ini menunjukkan bahawa kebanyakan punca pencemaran adalah disebabkan oleh aktiviti manusia. Akibat pencemaran yang teruk, pelbagai isu berkaitan dengan alam sekitar timbul. Antaranya ialah :-
a. Pemanasan Global (Global Warming) - dimana suhu bumi kita meningkat akibat daripada peningkatan gas karbon dioksida diatmosfera. Gas ini memerangkap haba dan menyebabkan suhu di bumi meningkat. Fenomena ini juga dikenali sebagai "Kesan Rumah Hijau" (Green House Effect).
b. Penipisan Lapisan Ozon (Depletion of Ozone Layer) - Gas Klorofluorokarbon (CFC) yang digunakan dalam peti sejuk dan aerosol bertindak balas dengan lapisan ozon dan seterusnya menipiskannya. Penipisan ini menyebabkan sinaran U/V matahari menembusi atmosfera dan menyebabkan penyakit kulit.
Selain daripada masalah pencemaran, kehidupan juga sedang diancam oleh kekurangan sumber alam. Makanan, air, logam dan bahan api merupakan sumber alam yang kian berkurangan akibat daripada penuaian berleluasa dan penggunaan yang tidak terancang. Hutan ditebang untuk mendapatkan balak, kemudian ditinggalkan begitu sahaja. Begitu juga usaha carigali bijih timah, besi, dan emas. Usaha mengambil tetapi tidak memberi ini menyebabkan keadaan iklim berubah. Selain masalah banjir, hakisan juga berlaku.Kawasan baru pula dibuka untuk dibina kilang. Pembinaan kilang perindustrian ini bukan sahaja memusnahkan alam semula jadi kawasan berkenaan tetapi juga menyebabkan pencemaran seperti pencemaran air. Sisa dari kilang yang dialirkan ke sungai menyebabkan air sungai berkenaan tercemar malah hidupan di air seperti ikan akan mati. Dalam pada itu, kereta yang meluncur laju di jalan dan menerbitkan asap dan bunyi, mencemarkan keadaan suhu di sesuatu kawasan itu tinggi.Contohnya: " Peristiwa tentang pencemaran udara di kawasan Lembah Kelang."
Pembangunan pesat yang berlaku di Lembah Klang telah menimbulkan kegelisahan di kalangan penduduk. Hal ini kerana, pembangunan ini diiringi dengan pencemaran udara, bunyi, dan air. Kesan pencemaran ini bukan sahaja dialami oleh manusia, tetapi haiwan, tumbuh-tumbuhan, dan jirim. Daripada kajian yang dibuat, pencemaran yang berlaku sekarang ini, melebihi tahap yang dihadkan.Contohnya:Di kawasan Lembah Kelang, punca utama berlaku pencemaran alam ialah banyaknya kenderaan dan pembinaan kilang yang begitu pesat. Menurut kajian pada 1975, jumlah pencemaran tahunan ialah 121 430 tan. Daripada jumlah ini, 90 peratus disebabkan oleh kenderaan dan industri. Punca seperti kuari, kerja pembinaan, stesen janakuasa elektrik, dan pembakaran sampah-sarap.Sementara itu, bagi memenuhi keperluan penduduk, empangan dibina untuk dijadikan kawasan tadahan dan bekalan elektrik. Membina empangan memerlukan kawasan yang luas. Akibatnya, berlaku pemusnahan sebahagian besar kawasan hutan, spesies haiwan, dan tumbuh-tumbuhan.Kawasan yang luas juga diperlukan untuk membina lebuh raya. Pembinaan bertujuan memperbaiki sistem perhubungan. Bagaimanapun, kesan sampingannya tidak dapat dielakkan iaitu sebahagian kawasan hutan terpaksa dimusnahkan dan lereng bukit dipotong.Melalui krisis tenaga terutamanya tenaga nuklear,ianya banyak menimbulkan masalah kepada manusia.Ini kerana sumber tenaga ini boleh membahawa kehancuran kepada tamadun yang dibangunkan oleh umat manusia. Meskipun penemuannya masih baru, sekitar pertengahan abad kedua puluh, tetapi amat ditakuti oleh manusia yang cintakan kedamaian, sebaliknya disukai oleh manusia yang ingin menunjukkan kekuatan. Kajian menunjukkan tenaga nuklear mula ditemui pada tahun 1941. Penciptaannya di atas inisiatif Dr. Leo Szilard dan dibantu oleh Albert Einstein.Pada waktu itu Hitler, dengan kekuatan nuklear Jerman, bercita-cita ingin menguasai dunia. Negara lain mula bimbang akan nasib masing-masing. Oleh kerana tiada jalan lain untuk menyekat kemaraan tentera Hitler, pakar atom Britain bekerjasama dengan pakar atom lain seperti Niels Bohr, Joseph Rotblat, dan Enrico Fermi mencipta bom atom.
Tindakan yang dilakukan oleh British inilah menyebabkan negara lain semakin dilanda kebimbangan. Dalam waktu yang singkat, bukan sahaja Jerman menjadi musuh, tetapi juga Britain. Akhirnya, langkah pembikinan tenaga nuklear semakin berlipatganda. Dalam waktu yang sama, Jepun pula bercita-cita mahu menguasai Asia dengan slogan "Asia Untuk Asia". Untuk menyekat kemaraan tentera Jepun, bom atom yang pertama digugurkan di Hiroshima, kemudian di Nagasaki. Kesan pengguguran bom atom ini, seluruh bandar Hiroshima musnah. Mereka yang terselamat menderita sepanjang hayat kerana kesan pancaran radioaktif.Selepas berakhirnya Perang Dunia Kedua, perlumbaan mencipta tenaga nuklear antara negara maju semakin giat dijalankan. Amerika Syarikat dan Rusia mendahului negara lain kerana teknologi yang mereka punyai lebih canggih. Negara yang lain khuatir arah masa depan yang akan ditunjukkan oleh Amerika Syarikat dan Rusia.Rasa bimbang dan curiga-mencurigai bukan sahaja di kalangan negara kecil, malah Amerika Syarikat dan Rusia sendiri. Masing-masing takut negara lain lebih kuat. Sebagai contoh, Jabatan Pertahanan Amerika kerap mengintip kekuatan tenaga nuklear Rusia, begitu juga sebaliknya. Oleh kerana keinginan menjadi jaguh, perlumbaan mencipta senjata daripada tenaga nuklear tidak henti-henti dilakukan.
Perlaksanaan kerajaan dalam aspek pemuliharaan Alam Sekitar
Malaysia ialah sebuah negara yang sedang membangun dengan pesat. Pembangunan yang pesat ini menyebabkan kualiti alam sekitar juga turut terjejas. Oleh yang demikian, langkah-langkah yang berkesan perlu diambil untuk melindungi kualiti alam sekitar.Terdapat tiga cara utama yang telah diambil oleh Kerajaan Malaysia untuk melindungi kualiti alam sekitar. Cara yang dimaksudkan ialah :
a.Perundangan
Kementerian Sains dan Alam Sekitar melindungi alam sekitar melalui penguatkuasaan undang-undang dan akta ke atas orang raamai. Undang-undang mengenai pelbagai jenis pencemaran harus memberi panduan tentang langkah-langkah yang perlu dijalankan untuk mengawal kadar pencemaran, terutamanya dari kilang-kilang perindustrian.Contohnya: Kerajaan Malaysia telah menggubalkan pelbagai undang-undang, peraturan dan akta untuk melindungi dan mencegah pencemaran alam sekitar. Malalui Akta Kualiti Alam Sekitar 1974, 1984 (pindaan) dijalankan iaitu bermatlamat :-
i.mula dikuatkuasa pada 1 April 1988.
ii.Berkaitan dengan udara bersih, kelapa sawit, getah, gas kenderaan, kumbahan, efluen industri dan juga bahan-bahan buangan kilang.
iii.Penguatkuasaan dibuat oleh Jabatan alam Sekitar.
b.Penggunaan Teknologi
Penggunaan teknologi moden untuk mengurangkan pencernaran alam sekitar adalah amat penting. Sebagai contohnya, tanpa teknologi moden, adalah tidak mungkin untuk membersihkan tumpahan minyak di laut.Dengan adanya teknologi moden, sisa pepejal seperti surat khabar lama, majalah lama, kertas, kain, bahan plastik dan kaca dapat dikitar semula. Ini sudah tentu dapat mengurangkan pencemaran yang disebabkan oleh pengurusan sisa pepejal yang tidak sempurna.Bahan-bahan buangan industri pertanian boleh diubah kepada bahan-bahan yang berguna dan kurang bahaya. Sebagai contoh, sampah sarap boleh dijadikan bahan api untuk menghasilkan tenaga elektrik. Hampas pertanian seperti hampas kelapa sawit boleh digunakan untuk menghasilkan metana.Selain itu, dengan adanya teknologi moden, penapis udara telah dicipta dan dipasang pada ekzos kenderaan dan cerobong asap kilang-kilang perindustrian. Penggunaan petrol tanpa plumbum juga merupakan satu hasil daripada penggunaan teknologi moden. Ini dapat mengurangkan kandungan plumbum dalam atmosfera yang bahaya kepada kesihatan manusia.Penyelidikan ke atas minyak kelapa sawit sebagai pengganti bahan api fosil adalah satu usaha yang menggalakkan pengurangan pencemaran alam sekitar.Dengan adanya teknologi moden jentera-jentera dan mesin-mesin dapat diubahsuaikan menjadi kurang mencemarkan alam sekitar.
c.Pendidikan
Tanggungjawab untuk menjamin sebuah negara yang bersih bukan sahaja dipikul oleh kerajaan tetapi patut dipikul oleh semua pihak. Untuk membentuk rakyat yang bertanggungjawab kepada alam sekitar, mereka perlulah mempunyai kesedaran.Untuk memupuk kesedaran di kalangan rakyat, cara yang terbaik ialah melalui pendidikan. Sebab-sebab pendidikan alam sekitar ini perlu ialah kerana ia dapat membentuk sikap positif diri terhadap alam sekitar. Dengan adanya kesedaran pada seseorang individu, dia akan sedar tentang betapa pentingnya kualiti alam sekitar yang tinggi dikekalkan. Ini kerana mereka sudah tahu apa masalah yang mungkin akan timbul akibat sesuatu perbuatan yang tidak bertanggungjawab yang mencemarkan alam sekitar.Pendidikan alam sekitar mula diperkenalkan secara formal pada peringkat rendah melalui Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah ( KBSR ) dalam mata pelajaran Alam dan Manusia. Seterusnya adalah pada peringkat menengah melalui Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah ( KBSM ), khususnya dalam mata pelajaran sains seperti Biologi. Peringkat ketiga dan terakhir ialah pengajian tinggi melalui kursus Sains Alam Sekitar dan Biologi Persekitaran. Pendidikan alam sekitar kepada masyarakat umum pula disampaikan melalui media massa. Antara media massa yang memainkan peranan yang penting ialah surat khabar, majalah, televisyen dan radio.Selain itu, terdapat juga agensi kerajaan dan swasta yang mengadakan kempen dan ceramah. Adalah penting manusia menggunakan kebijaksanaan untuk mengurus sumber alam ini supaya ia kekal lebih lama untuk digunakan oleh generasi yang akan datang. Beberapa langkah yang praktikal ialah :-
a. Menghadkan aktiviti pembalakan dengan menuai kayu balak yang matang sahaja. Kayu kayan yang tidak mempunyai nilai komersial yang tinggi tidak harus ditebang.
b. Mengharamkan penggunaan pukat harimau yang boleh merosakkan terumbu karang (coral reef).
c. Mengawal pembukaan tanah baru dengan melakukan kajian terperinci berkaitan kesannya kepada alam sekitar sebelum sesuatu projek dilaksanakan.
d. Menghadkan aktiviti perlombongan dan mencari idea baru untuk menggunakan bekas lombong.
Kehidupan manusia akan lebih sejahtera jika hidup dalam alam sekitar yang bersih dan sihat. Ini dapat dicapai jika manusia mengubah sikap sendiri. Sebagai contoh kita hendaklah mengitar semula plastik dan kertas supaya kita tidak perlu menuai hasil petroleum dan kayu-kayan. Setiap orang yang inginkan kehidupan yang lebih sejahtera harus memainkan peranan yang proaktif. Dalam usaha memburu pembangunan, manusia tanpa disedari telah merosakkan alam sekitar, sedangkan alam sekitar amat penting dalam kehidupan . Contohnya.Ramai penduduk di kota besar mengeluh kerana keadaan persekitaran yang merimaskan. Bagi mengatasi masalah ini, pohon yang rendang di tanam di sepanjang jalan. Namun masalah ini tidak juga berkurangan. Meskipun harapan itu cuma impian, warga kota selalu menginginkan persekitaran yang menghijau. Bagi mereka, hidup akan menjadi kering dan lesu apabila alam sekitar musnah.Namun, mereka tiada pilihan lain untuk mencapai kemajuan. Suasana kampung yang damai tidak dapat diwujudkan di bandar besar. Oleh kerana itu, setelah penat bekerja, pada waktu kelapangan, warga kota bersama keluarga akan bersiar-siar di taman. Sesetengahnya pula memilih Taman Negara yang kaya dengan pelbagai jenis kehidupan sebagai tempat untuk berehat. Dengan cara ini, mereka dapat melepaskan ketegangan emosi dan fikiran yang membelenggu diri mereka.Contohnya: Daripada statistik jabatan Alam Sekitar, kiraan kenderaan berdasarkan kegunaan bahan api terdapat pada 880 188 kenderaan. Mengikut purata mingguan, lebih kurang 1025 juta perjalanan telah dibuat. Kenderaan ini mengeluarkan karbon monoksida, hidrokarbon, dan nitrogen oksida, iaitu pencemaran udara yang boleh mengurangkan kesuburan tumbuh-tumbuhan, mengganggu penglihatan, kesihatan, warna mudah luntur, dan besi mudah karat.
Alam sekitar yang bersih dapat membekalkan oksigen kepada semua hidupan. Dengan keadaan iklim yang stabil, orang ramai akan berasa selesa dan bahagia. Udara yang bersih amat penting kepada kesihatan seseorang.Hutan yang keadaan semula jadinya masih terpelihara, menjadi sumber rezeki kepada para petani. Selain bergantung hidup kepada hasil pertanian, petani boleh menambahkan hasil pendapatan mereka dengan menjual rotan dan akar kayu untuk membuat ubat tradisional, yang banyak terdapat di hutan.Namun, alam yang sebegini indah, yang dicipta untuk manusia, malangnya manusia juga yang merosakkannya. Oleh kerana keseimbangan alam sekitar penting kepada kehidupan manusia dan pembangunan juga perlu selaras dengan tuntutan semasa, maka langkah yang wajar perlu dilakukan. Keghairahan dalam mengejar sesuatu yang dihajatkan hendaknya jangan sampai merosakkan sesuatu yang perlu dipertahankan.
Memandangkan dunia sekarang sedang diancam bahaya pencemaran, langkah-langkah wajar dan berkesan patut diambil. Langkah untuk melindungi alam sekitar ini bukanlah tanggungjawab pihak kerajaan sahaja. Ia adalah tanggungjawab semua pihak.Kerajaan patutlah memperketatkan undang-undang yang melindungi alam sekitar. Rondaan oleh pegawai Jabatan Alam Sekitar patut diperbanyakkan. Tindakan yang tegas patut diambil ke atas mereka yang melanggar undang-undang ini.Sebagai pengusaha terutama sekali pengusaha kilang, dia patutlah memikirkan kesan jangka masa panjang aktiviti yang dijalankan olehnya. Jangka masa panjang di sini bukan bererti 30 atau 50 tahun tetapi jangka masa 100 tahun, ataupun 200 tahun. Kebanyakan pengusaha cuma mengambil kira kesan dalam jangka masa 30 hingga 50 tahun. Ini sebenarnya adalah tidak mencukupi kerana banyangkan jika beratus-ratus kilang sebegitu didirikan. Tentu kadar pencemarannya adalah jauh lebih tinggi. Para pengusaha terutama pengusaha kilang secara besar-besaran patutlah mendapatkan nasihat daripada Jabatan Alam Sekitar sebelum sesuatu operasi perindustrian dijalankan.
Pengguna memainkan peranan yang terpenting dalam menangani masalah pencemaran. Sebagai seorang pengguna yang bertanggungjawab, kita perlulah memilih barangan yang mendatangkan pencemaran yang kurang sekali. Tanpa permintaan terhadap barangan yang mendatangkan pencemaran, pengusaha kilang juga akan mula menggunakan bahan-bahan yang lebih sesuai dengan alam sekitar. Sebagai contoh, kita sepatutnya memilih racun serangga dalam tin aerosol yang tidak mengandungi CFC.Jika semua pihak ini bekerjasama untuk menangani masalah pencemaran, sudah tentu bumi akan di panjangkan usianya.Antara lain aktiviti yang boleh melindungi alam sekitar ialah
a.Pameran - Pameran yang dimaksudkan di sini ialah pameran segala bahan yang berkaitan dengan isu pencemaran. Pameran ini boleh dilakukan di sekolah-sekolah dan juga tempat-tempat awam seperti perpustakaan awam. Pameran ini bolehlah merangkumi isu-isu alam sekitar, sebab-sebab pencemaran, kesan-kesannya dan apa yang boleh dibuat untuk mengurangkan kadar pencemaran.Bahan-bahan menarik seperti carta, polster dan keratan surat khabar bolehlah dipamerkan. Selain itu, pita video dan slaid-slaid yang ada berkenaan dengan pencemaran juga boleh ditayangkan.Pameran sebegini boleh meningkatkan kesedaran dan mengajar masyarakat untuk melindungi alam sekitar.
b.Kempen-kempen - Menyertai sesuatu kempen untuk melindungi alam sekitar adalah sesuatu yang sihat dan amat digalakkan. Antara kempen-kempen yang melindungi alam sekitar ialah kempen cintailah sungai kita, kempen kitar semula, sahabat alam dan sebagainya.Kempen-kempen ini dapat memberi kesan yang mendalam terhadap peserta-pesertanya. Dalam kempen-kempen ini, peserta-peserta akan diajar trntang pentingnya menjaga alam sekitar dan cara-cara menguruskan sisa buangan supaya hanya mendatangkan pencemaran yang minimum kepada alam sekitar.Selain itu, kempen kitar semula dapat menggalakkan pengguna untuk mengitar semula bahan yang boleh dikitar semula. Secara tidak langsung juga, peserta akan belajar untuk berjimat-cermat.Sahabat alam telah menjalankan pelbagai aktiviti seperti menanam pokok-pokok bunga, membersihkan kawasan yang kotor dan sebagainya. Penanaman pokok bunga akan mencantikkan pemandangan sesuatu kawasan. Selain itu, ia juga dapat ,menapis debu yang berterbangan di udara. Tumbuhan hijau juga adalah penting untuk mengurangkan kandungan oksigen yang boleh menyebabkan kesan rumah hijau.Kempen cintai sungai telah menjalankan banyak aktiviti untuk membersihkan kawasan sungai. Selain membersih, mereka juga menanamkan kesedaran kepada penduduk tempatan tentang kepentingan sungai.
c.Pertandingan - Pertandingan seperti kuiz tentang pencemaran alam sekitar boleh meningkatkan pengetahuan dan kesedaran tentang pentingnya melindungi alam sekitar. Dengan mengadakan kuiz, peserta akan cuba memahami apakah itu pencemaran. Dalam proses ini, mereka akan mendapat pengetahuan tersebut. Mereka juga mungkin akan mencari penyelesaian kepada masalah pencemaran. Ini sudah tentu akan membawa kebaikan kepada peserta itu dan alam sekitar.Pertandingan melukis poster yang berkaitan pencemaran juga adalah abik. Ia bukan sahaja memberi kesedaran kepada peserta sahaja tetapi mesejnya juga akan sampai kepada orang ramai.Selain pertandingan yang telah disebutkan, pertandingan menulis karangan dan sajak juga dapat memberikan kesedaran kepada orang ramai.
d.Projek Riadah Alam Sekitar - Salah satu cara yang paling berkesan untuk meningkatkan kesedaran tentang pencemaran ialah melalui Projek Riadah Alam Sekitar ( PRIAS ). Projek ini telah memberi kesan yang hebat.Melalui projek ini, mereka boleh membuat kajian yang mendalam tentang pencemaran udara, pencemaran air, penipisan ozon, kesan rumah hijau, sisa toksik, sisa pepejal dan kitar semula.Mereka yang terlibat menjadi lebih peka kepada isu-isu semasa dunia terutamanya yang berkaitan dengan pencemaran. Oleh itu, saya rasa projek ini memang satu projek yang baik dan patut diteruskan.
e.Pendedahan Media Massa - Pada hari ini media massa memainkan peranan yang penting dalam membentuk cara pemikiran semua pengguna. Oleh itu, dengan adanya pendedahan media massa tentang isu pencemaran, masyarakat umum akan berhati-hati dalam menanggani masalah pencemaran. Setakat ini, media massa yang paling banyak membuat pendedahan tentang isu pencemaran ialah majalah dan surat khabar. Televisyen juga ada membuat pendedahan ini tetapi adalah berkurang.
Kesan dan laporan Alam Sekitar diperingkat global
Menyedari mengenai kepentingan penglibatan masyarakat dan orang awam dalam pemuliharaan alam sekitar, ASEAN telah bertindak untuk mempertingkatkan pengetahuan pakar dan kepopularan alam sekitar, di samping memperbaiki perlidungan, pemuliharaan dan kesinambungan penggunaan serta pengurusan alam sekitar. Laporan Keadaan Alam Sekitar ASEAN Pertama, dengan dana yang ditanggung oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Rancangan Alam Sekitar, telah diterbitkan pada tahun 1997. Laporan berkenaan meliputi tajuk yang luas seperti mengenai daratan, udara, air, pertanian, perindustrian, tenaga, pengangkutan, perdagangan antarabangsa dan pelancongan, perundangan, institusi dan orang. Ia juga menentukan hala tuju yang telah diambil oleh ASEAN dalam menangani kepentingan cabaran-cabaran dan menyediakan sukat-sukat bagi mengukur prestasi ASEAN dalam penggunaan berterusan sumber alam semula jadi dan juga pemuliharaan alam sekitar. Laporan Alam Sekitar Kedua telah diterbitkan pada tahun 2003. Usaha berkenaan juga menerima sokongan dari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Rancangan Alam Sekitar. Tahun Alam Sekitar ASEAN _ Tahun Alam Sekitar ASEAN telah dilancarkan pada 4 April 2000 di Bandar Seri Begawan. Rancangan ini dibentuk sedemikian rupa untuk meningkatkan kesedaran awam mengenai isu-isu alam sekitar dan juga rancangan-rancangannya. Di setiap ibu negara anggota-anggota ASEAN, aktiviti-aktiviti Tahun Alam Sekitar ASEAN 2000 adalah antara lain memaparkan seminar-seminar, sesi latihan, bengkel-bengkel dan juga pameran-pameran serta peraduan-peraduan yang memperlihatkan penglibatan ASEAN terhadap pemuliharaan alam sekitar dan juga keperluan bagi satu tindakan bersepadu untuk menangani cabaran-cabaran alam sekitar.
Rancangan Tindakan ASEAN Bagi Pendidikan Alam Sekitar ASEAN _ Menteri-menteri Alam Sekitar ASEAN telahpun meluluskan Rancangan Tindakan ASEAN Bagi Pendidikan Alam Sekitar ASEAN (AEEAP) pada bulan Oktober 2000 yang mana meliputi pendidikan formal dan tidak formal, pembinaan keupayaan tenaga kerja, rangkaian kerja bersepadu dan berhubungan. Inisiatif berkenaan telah menjadi kenyataan dengan bantuan kewangan daripada Yayasan Hanns Seidil dan juga Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Rancangan Alam Sekitar. Perlaksanaannya memerlukan komitmen dan sumber dari kedua-duanya dari ASEAN dan agensi dana dari luar. Pengharmonisan Undang-undang dan Piawaian _ Satu lagi komponen yang terpenting dalam Kerjasama ASEAN Mengenai Alam Sekitar ialah pengharmonisan undang-undang alam sekitar dan piawaian dalam rantau ini. Negara-negara anggota ASEAN secara individu telah merangka undang-undang yang menyeluruh untuk memberikan dasar rangakaian kerja kebangsaan bagi tindakan ke arah kesinambugan pembangunan. Rangkaian Kerja Perundangan Alam Sekitar dalam negara-negara ASEAN mengandungi beberapa unsur yang bersamaan.
i.Unsur pertama ialah pengiktirafan peralatan yang boleh dipasarkan sebagai alat utama bagi kelanjutan pemuliharaan alam sekitar melalui insentif bagi sektor awam. Idea berkenaan menyediakan asas bagi dasar-dasar inovatif yang membenarkan firma-firma perniagaan dan kerajaan untuk bekerjasama bagi mengurangkan pencemaran dengan lebih berkesan dan menjimatkan.
ii.Unsur kedua, dalam kebanyakan perundangan negara-negara anggota ASEAN ialah pemusatan tanggungjawab bagi alam sekitar untuk setiap kerajaan. Badan pusat berkenaan diberikan pelbagai fungsi yang meliputi asas dasar, perancangan, perlaksanaan, pemantauan dan juga tindakan-tindakan susulan.
iii.Unsur ketiga ialah untuk mengawal pencemaran air. ASEAN telah berusaha mencari jalan bagi menguasai undang-undang pemantauan dan pengawalan yang akan memantau perlaksanaan aktiviti-aktiviti tertentu untuk melindungi alam sekitar dan memastikan keselamatan orang awam. Tindakan ini akan menentukan had terhadap kualiti pengeluaran sisa air kumbahan yang ditentukan dalam komposisi standard terhadap pencemar-pencemar tertentu. Setiap pelanggaran adalah tertakluk kepada sekatan-sekatan yang ditentukan oleh peraturan-peraturan berkenaan, nilai piawaian berasaskan kepada jenis atau tujuan penggunaan yang dihasratkan terhadap air yang ditentukan dalam perundangan yang membenarkan.
Mengenai pencemaran udara, negara-negara anggota ASEAN telah menentukan peraturan dan had tertentu terhadap pengeluaran daripada sumber seperti asap gas daripada kilang-kilang, loji-loji bergerak dan statik dan juga sumber pencemar yang lain. Had pengeluaran asap adalah berasaskan kepada pengeluaran pencemar udara yang kritikal seperti partikel yang terapung di udara, sulfur dioksida, karbon monoksida, plumbum dan yang lain. Kebanyakan negara-negara ASEAN juga telah mengambil langkah untuk mengatasi dan mengawal pencemaran berakibat daripada kenderaan bermotor. Contohnya:Menteri-menteri Alam Sekitar ASEAN yang bersidang di Kota Kinabalu, Malaysia pada 7 Oktober tahun 2000 dalam Mesyuarat Menteri-menteri ASEAN Mengenai Alam Sekitar Ke-8, menilai semula kemajuan kerjasama alam sekitar di bawah Pelan Tindakan Strategik dan memutuskan bahawa beberapa kemajuan telah dicapai tetapi isu-isu alam sekitar semakin kompleks dan mencabar. Untuk menangani cabaran-cabaran berkenaan, ASEAN perlu memperkukuh keupayaan institusi dan pertubuhannya; menggalakkan pemindahan teknologi; mempercepat maklumat rangkaian kerja dan menangani kesan-kesan negatif pensejagatan.
Kesimpulan
Penjagaan dan pemeliharaan alam sekitar merupakan satu perkara yang tidak boleh dipandang ringan oleh masyarakat, dan perlu dilakukan dan ditangani dengan penuh tanggungjawab dan komitmen oleh setiap individu. Kebersihan dan keindahan adalah merupakan dua aspek yang amat dititikberatkan oleh Islam dan tidak terbatas kepada tubuh badan sahaja, malahan juga melewati keseluruhan tempat dan keadaan termasuk rumah kediaman, alam persekitaran yang merangkumi sungai, jalan raya, bandar, taman rekreasi, tempat awam dan sebagainya. Islam menggesa penganut-penganutnya supaya menjaga kebersihan tempat-tempat tinggal dan alam persekitaran mereka daripada segala kekotoran sama ada daripada sisa-sisa makanan, sampah sarap dan sebagainya supaya tidak menjadi pembiakan binatang-binatang dan serangga yang menjadi punca penyakit.












Rujukan

1. Abdullah Haji Samsudin,1994.Isu-isu Semasa Dalam Geografi,Kuala Lumpur:Dewan Bahasa & Pustaka.

2. Derek Gregory & Rex Walford,1989.Horizon in Human Geografi. Hong Kong: Mac Milan.

3. Guy M. Robinson, 1998; Methods and Techniques in Human Geography, Wiley.

4. Katiman Rostam,2002; Prinsip Asas Persekitaran Manusia,Penerbit UKM.

5. Les Rowntree et.al, 2000; Diversity Amid Globalization in ASEAN: Worlds Region,Environment, Development. Prentice Hall.

6. Woods, R, 1979, Population Analysis in Geography, London : Longman.

PERKEMABNGAN ICT DI MALAYSIA

Perkembangan ICT
1.0 Pengenalan

Perkembangan ICT didefinisikan sebagai "proses penyampaian suatu pesan dalam bentuk lambang bermakna sebagai paduan fikiran dan perasaan berupa idea, informasi, kepercayaan, harapan, ingatan dan sebagainya.Ia dilakukan oleh seseorang kepada orang lain, baik langsung atau tidak langsung.Melalui media maka hasrat dan tujuan akan tercapai samada dengan tujuan mengubah sikap, pandangan, atau perilaku seseorang" (Effendy, 1989 : 60).Dalam perspektif pengamal teknologi pendidikan, media merupakan antara bahan pengajaran dan pembelajaran yang kerap digunakan dalam aktiviti bilik darjah. Media dalam pelbagai bentuk juga telah berjaya dibuktikan melalui penyelidikan sebagai satu bahan pengajaran dan pembelajaran yang efektif dalam meningkatkan kefahaman individu yang terlibat. Media juga telah dapat dibuktikan sebagai satu alat bantu penyampain atau perhubungan yang perlu apabila berlakunya proses penyampaian dan penerimaan dalam proses berkomunikasi. Apabila merujuk kepada komunikasi media massa ,ianya akan meliputi sebagai simbol non-verbal, gambar yang digunakan untuk menyatakan fikiran atau perasaan.Dalam aspek sejarahnya komunikasi media massa banyak menggunakan gambar untuk menyampaikan sesuatu matlamat kerana waktu itu kurangnya kemampuan untuk bercerita dengan menggunakan perantaraan serta peralatan yang canggih. Pada waktu itu dan dalam keadaan tertentu gambar boleh menjadi lebih efektif daripada bahasa verbal kerana gambar ini akan menjadi lebih penting sebagai media pendidikan dan transformasi tradisi oleh jenerasi terdahulu untuk jenerasi yang akan datang. Salah satu alat media ini juga gambar menjadi perantara terpenting malahan sekarang ini dengan penggunaan teknologi digital serta visual ,ianya telah pun mengalami pertumbuhan dan perkembangan sesuai dengan dinamik masyarakat dan perkembangan semasa.

Dalam konteks Malaysia pernan komunikasi masssa akan lebih bersifat terbuka selain dapat mengambil kesempatan untuk mengembangkan berita dunia dengan lebih estetika yang ekspresif. Kesan kepada masyarkat sememang tidal boleh dinafikan kerana ia memberi kesan yang positif melalui penyampaian-penyampaian yang dipelbagai melalui sumber-sumber media.Ini kerana dengan perkembangan pesat teknologi maklumat dan komunikasi memberi kesan ke atas kehidupan manusia termasuklah di dalam bidang pendidikan disusuli pula Malaysia merupakan sebuah gagasan Koridor Raya Multimedia atau lebih dikenali sebagai Multimedia Super Corridor (MSC) maka ia merupakan pemangkin kepada sistem komunikasi media massa .malah didalam bidang pendidikan negara telah mengimplementasikan pendidikan maya.
Contohnya: Program Pendidikan Jarak Jauh dalam talian yang dilaksanakan oleh beberapa buah Institut Pengajian Tinggi tempatan merupakan sebahagian daripada tahap awal pendidikan maya di negara ini. Kemahiran komunikasi massa adalah salah satu kemahiran utama dalam pengajaran dan pembelajaran . Ianya bermula dari menentukan bahan yang optimum hingga ke pemerolehan maklumat dan seterusnya untuk memproses maklumat.Dengan wujudnya ledakan maklumat, pelajar harus mahir dalam pemerolehan maklumat secara efektif dan efisen. Seterusnya bahan yang diperolehi perlu diproses supaya lebih mudah difahami. Ini kerana proses komunikasi massa dilakukan dengan menggunakan kaedah-kaedah tertentu.Dalam melaksanakan konteks ini individu akan sentiasa dikehendaki mengintegrasikan kemahiran - kemahiran generik seperti kemahiran belajar, kemahiran berfikir kreatif dan kritis, kemahiran teknologi maklumat dan kemahiran mentaksir dan menilai, supaya dikuasai oleh pelajar. Bagi mengendalikan pembelajaran berpusatkan pelajar dan berdaya fikir guru perlu menggunakan teknik-teknik pengurusan pembelajaran yang sesuai. Lain-lain prinsip pengajaran dan pembelajaran perlu diambil kira bagi memastikan pencapaian matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Melalui kemahiran belajar dari segi konsepnya merangkumi pengertian yang begitu luas. Kemahiran berkomunikasi adalah merujuk kepada proses pendemokrasian pendidikan yang merangkumi program meningkat pengetahuan, kemahiran dan kompetensi .




2.0 Perkembangan ICT di Malaysia

Sejak 1997 pemerintah Malaysia telah membangun infrastruktur ICT dengan investasi sebesar RM556,22 juta atau setara dengan US$150,33 juta. Penkembangan ICT ini meliputi pemanfaatan web dan e-mail, jaringan Local Area Network (LAN), Wide Area Network (WAN) serta sistem menjana dokumen pemerintahan. Selanjutnya pada 2000 Malaysia menginvestasikan US$154,3 juta untuk mengembangkan lebih jauh konfigurasi sistem ICT yang telah ada dengan mengoptimalkan akses Internet. dan dana sebesar US$174,32 juta untuk membuat instalasi jaringan yang mengintegrasikan seluruh sistem dan aplikasi pemerintahan, serta pengembangan portal web. Itu dilakukan pada 2001. Berbagai konsep pembangunan seperti e-government, e-procurement, e-learning dan e-commerce diperkenalkan.

Pengguna Internet di negara ini hingga akhir Desember tahun lalu telah mencapai 8.7 juta orang, atau 34% dari total penduduk yang berjumlah 25.6 juta orang. Pada awal 1996, Malaysia, termasuk dalam salah satu negara yang cepat dalam memulihkan keadaan perekonomiannya.

Yang menariknya Malaysia dapat memanfaatkan telekomunikasi dan teknologi informasi sebagai pendukung dalam pemulihan ekonomi. Bahkan saat ini ICT sudah menjadi program printis dalam pembangunan nasional di Malaysia.

Secara dasarnya terdapat tujuh projek yang mendasari pembangunan ICT di Malaysia, yang meliputi Government Office Environment (GOE), Human Resources Management Information System (HRMIS), e-services, e-government dan Public Management Security (PMS). Keseluruhan infrastruktur ICT di Malaysia berbasis open source dengan total investasi mencapai US$31.199.023,784.

Adzman Musa, Director ICT Security Division Malaysian Administrative Modernization and Management Planning Unit, Prime Minister’s Department of Malaysia, mengatakan pembangunan ICT di Malaysia difokuskan pada 25 kementerian federal, 180 departemen federal, 347 departemen negara bahagian dan 148 pemerintah daerah.

Muhammad Fauzi Ismail, Business Development Director Scan Associates SDN BHD—penyedia layanan sistem keamanan pemerintah Malaysia-- mengatakan belanja IT pemerintah Malaysia mencapai US$540,5 juta setiap tahun.

Namun demikian, pembangunan ICT yang begitu signifikan di Malaysia juga menghadapi masalah dari aspek keamanan, terutama pada infrastruktur seperti polis, Kewangan dan Bahagian Pertahanan.

Pengimplementasian sistem keamanan dalam SOC, menurut Adzman, bertujuan melindungi aplikasi e-government pada lembaga pemerintah yang dianggap kritis dan rentan terhadap serangan kejahatan dunia maya. Selain itu, tambah Adzman, peningkatan hacking, serangan virus dan bentuk Denial of Service (DDoS), juga menyebabkan semakin pentingnya implementasi sistem keamanan pada jaringan ICT di pemerintahan.

Untuk membangun SOC, kata Adzman, Malaysia lebih dulu menyusun managment keamanan ICT yang terdiri dari managment perlindungan, infrastruktur, dan kemampuan.

3.0 Impaknya ICT keatas Masyarakat di Malaysia
Kesan fenomena terhadap perkembangan ICT menjadi lebih senonim lagi kepada komunikasi antara perseorangan kerana ia lebih merujuk kepada seseorang ini akan bergaul, berinteraksi bersama rakan sebaya dan disinilah mereka membina pelbagai kemahiran seperti kemahiran bersosial. Mereka akan belajar menyesuaikan diri dengan rakan-rakan supaya ia diterima baik oleh ahli-ahli dalam kumpulan mereka. Pada peringakat ini ia akan membentuk kumpulan bersama-sama.Disni peranan komunikasi secara tidak langsung digunakan untuk berhubung diantara satu sama lain.Kesan kemahiran komunikasi perseorangan ini akan membawa individu tersebut lebih menguasai pernannya samada dalam kumpulan atau perseorangan kerana mesej yanh disampaikan itu akan lebih baik.Jika ia seorang pendiam maka individu itu akan merasa rendah diri. Peranan media disini amat kuat kerana ia boleh mempengaruhi setiap individu
a. Dalam membincangkan fenomena perkembangan ICT semua individu itu mempunyai kebolehan semulajadi untuk berkomunikasi dan menyampaikan idea secara spontan terutamanya diantara individu atau di hadapan khalayak.Perbezaannya hanyalah samada maklumat yang disampaikan itu boleh meyakinkan atau sebaliknya.Seni komunikasi yang baik ialah kunci kepada persembahan maklumat yang berkesan. Komunikasi ialah satu seni (art). Sebagaimana seseorang memiliki kemahiran di dalam seni peperangan, melukis, khat malah sukan dan sebagainya.Apabila seseorang itu mempunyai komunikasi yang baik maka ia mempunyai kebolehan dalam menguasai penyampaian dan mendapat maklumat yang diperlukannya. Oleh itu komunikasi boleh dianggap art of speaking. Seni inilah yang perlu di up-date kan dari masa ke semasa sesuai dengan tuntutan zaman dalam diri seseorang.
b. Gambaran yang paling baik tentang fenomena perkembangan ICT apabila dilihat kesannya kepada masyarakat secara keseluruhannya.Ini berlaku kerana bidang ini adalah merupakan perkongsian maklumat antara pihak sumber dengan pihak penerima.Sumber disini merujuk kepada individu yang menjadi pencetus atau punca datangnya maklumat manakala penerima pila ialah seorang atau sekumpulan individu yang menjadi sasaran hantaran maklumat tadi.Dalam proses penghantaran maklumat ini, sumber memilih saluran yang difikirkan sesuai untuk membawa mesej.Komunikasi massa juga merupakan suatu proses sistematik kerana disitulah berlakunya pertukaran maklumat dengan pihak-pihak tertentu dengan berasaskan media yang sesuai.

c. Teori perkembangan ICT dalam ertikata secara ilmiahnya juga bererti proses penyampaian sesuatu maklumat atau informasi dari pengirim (komunikator/Sender) kepada penerima (komunikan/receiver) dengan menggunakan simbol-simbol atau lambang tertentu samada secara langsung ataupun tidak langsung (menggunakan media) untuk mendapatkan maklum balas atau maksud tertentu (feedback).Semasa membuat penyampaian maklumat setiap individu seharusnya dapat memahami apa yang hendak diperkatakan kepada orang lain.Kaedah dan teori penyampaian mestilah berupaya untuk dikuasai oleh pendengar supaya kesan penyampaian itu akan ditafsirkan serta mencapai tujuannya.Jikalau kaedah komunikasi kurang berkesan sudah tentulah akan berlaku ketidakfahaman dikalangan pendengar maka penyampaian itu dikatakn gagal.

Konsep teori yang dikemukakan oleh Herb Schiller tahun 1973.- Cultural imperialism theory. Teori ini berguna untuk menjelaskan bahwa bangsa Barat mendominasi media di hampir semua bahagian di dunia ini sehingga pada semua aspek serta mempunyai kekuatan pengaruh yang sangat kuat terhadap budaya dunia ketiga (negara-negara yang belum dan yang sedang membangun). Caranya adalah dengan mengganggu dan menetapkan pandangan-pandangan mereka keatas kebudayaan tempatan sehingga budaya tersebut semakin terhakis.

d. Media, khususnya media massa seperti filem, surat kabar, web dan situasi-situasi informasi dari internet, majalah dan juga novel dan seumpamanya secara umumnya diproduksi secara besar-besaran oleh orang Barat, kerana mereka mempunyai modal untuk melakukannya. Dilihat dari harganya pun sangat murah jika dibandingkan dengan media tempatan.Ini kerana masalah kekurangan modal menjadi punca utama kenapa komunikasi temapatan kurang mendapat tempat dikalangan peduduk dunia ketiga .Mereka menonton ,membaca hasil dan pandangan-pandangan budaya yang dilahirkan oleh budaya barat.Akibatnya mereka pun mudah terpengaruh maka secara langsung ataupun tidak langsung masyarakat dunia ketiga ‘membenarkan’ pandangan dan perilaku budaya barat. Masalah yang lebih teruk lagi media masssa akan menjadi lebih teruk akibat daripada fenomena tersebut kerana semakin hilang matlamat yang sebenarnya. Proses pembentukan teori komunikasi adalah urutan pelaksanaan atau kejadian yang terjadi secara terancang atau tidak terancang. Pembentukan teori komunikasi mungkin menggunakan waktu, ruang, keahlian atau sumber lain yang menghasilkan suatu hasil atau maklumat. Suatu proses mungkin dikenali oleh perubahan yang diciptakan terhadap sifat-sifat dari satu atau lebih objek di bawah pengaruhnya.Secara analisis teori ini menjelaskan konsep seperti:-
i) Melalui proses pembentukan teori perkembangan ICT ini juga akan berlaku jika sekiranya ia melibatkan proses komunikasi yang dinamik antara dua individu atau masyarakat yang berinteraksi antara satu sama lain.Proses interkasi ini adalah usaha bersama.Mereka akan mempunyai tanggungjawab ,peranan dan perlakuan yang tertentu perlu dilaksanakan. Apabila komunikasi sudah bermula, matlamat utama adalah untuk mencapai tujuan supaya mempunyai nilai teraputik.Ini semua akan bergantung kepada personaliti masing-masing dengan beberapa kemahiran sampingan. Kemahiran itu adalah seperti memerhati tingkahlaku bukan lisan,mendengar perkataan yang diucapkan, memberi tumpuan kepada soal yang hendak disampaikan.Melalui pengantar ilmu komunikasi yang pada prinsipnya ia mengutamakan kesan-kesan yang datang daripada suatu proses ICT.
Sebagai contohnya:Pembelajaran ialah proses pemerolehan maklumat dan pengetahuan,penguasaan kemahiran dan tabiat serta pembentukan sikap dan kepercayaan.Proses pembelajaran berlaku sepanjang hayat seseorang manusia.Proses pembelajaran berlaku di mana-mana tempat dan pada sebarang masa. Dalam konteks pendidikan, guru biasanya berusaha sedaya upaya mengajar supaya pelajar dapat belajar dan menguasai isi pelajaran bagi mencapai sesuatu objektif yang ditentukan.Komunikasi yang dijalankan oleh guru dalam proses pembelajaran akan membawa kepada perubahan pada seseorang .
ii) Di antara elemen-elemen yang terlibat secara lansung dalam perkembangan ICT ,ianya tidak boleh dikecualikan daripada penggunaan peralatan multimedia.Ini kerana pada waktu ini iaitu diera zaman teknologi maklumat maka peralatan yang canggih amat diperlukan untuk menjalankan proses penyampaiannya.Multimedia ini merupakan gabungan data, suara, video, audio, animasi, grafik, teks dan bunyi-bunyian yang mana gabungan elemen-elemen tersebut mampu dipaparkan melalui komputer.
Menurut Collin, Simon (1995), "….Multimedia merupakan sebuah persembahan, permainan atau aplikasi yang menggabungkan beberapa media yang berlainan. Sesebuah komputer yang boleh menggunakan klip video, rakaman suara, imej, animasi dan teks serta pula boleh mengendalikan peranti-peranti seperti perakam video, pemaincakera video, pemacu CD-ROM, synthesizer dan juga kamera video. Sekiranya program tersebut menghasilkan bunyi, video dan imej, ia disebut ssebagai multimedia, tetapi apabila program itu membolehkan pengguna mengendalikan pergerakan perisian dengan membuat pilihan yang berbeza-beza, maka ianya disebut sebagai multimedia interaktif…" Berdasarkan definisi yang diberikan di atas dapatlah disimpulkan bahawa multimedia itu adalah suatu kaedah penyebaran maklumat dan juga satu teknologi komputer yang direka bentuk khusus dengan menggabungkan bunyi, gambar-gambar pegun dan bergerak, grafik, animasi, data dan teks bersama-sama keupayaan interaktif sesebuah komputer.
iii) Melalui perkembangan ICT boleh diistilah juga sebagai kombinasi pergerakkan, warna dan suara dalam banyak perkara dapat mendramatikkan idea lebih baik dari setengah medium yang digunakan dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran.Pengalaman pembelajaran tidak lagi terbatas dalam suasana bilik darjah. Pelajar dapat mempelajari sejarah silam, menjelajahi dunia atau melawati angkasa lepas tanpa perlu menapak keluar dari bilik darjah. Media dengan ini telah dapat memberikan satu pengalaman yang berbeza yang mungkin agak sukar dinikmati sepanjang hayat. Objekitif pembelajaran kognitif, affektif, dan kemahiran motor dapat dicapai dengan menggunakan media sebagai alat mengajar atau belajar.Ia memberi kesan yang amat baik kepada individu yang terlibat terutama dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Contohnya : Media penyiaran bukan sahaja menjadi bahan penyampai maklumat malah sebagai satu sumber hiburan yang diterima oleh pelbagai lapisan masyarakat. Hampir setiap rumah mempunyai sekurang-kurang satu saluran media penyiaran. Ini bukan hanya terhad kepada rumah, tempat bekerja, tempat umum malah kenderaan persendirian dan umum mempunyai alat penyiaran yang semakin hari semakin canggih sehinggakan mendapat tempat kepada individu.Mereka banyak menggunakan saluran pelbagai bahan media dalam proses berkomunikasi.
Amat menarik sekali ialah saluran televisyen dan radio bukan hanya dapat ditonton di rumah malah di tempat awam sebagai satu aktiviti menunggu (lapangan terbang, bank, pejabat kerajaan, klinik, hospital, dan sebaginya). Di tambah dengan kemudahan video dan harga peralatan yang makin menurun (VHS, VCD, DVD), format media ini makin popular dewasa ini. Minat pada media ini tidak terhad kepada peringkat umur ataupun tahap pendidikan. Media ini tidak mengenal usia, latarbelakang atau pendidikan, setiap lapisan ada bahan yang sesuai untuk ditonton.
Oleh itu tidak hairanlah sekiranya komunikasi media massa merupakan satu bahan yang senang dan kerap diterima pakai dalam penyampaian maklumat. Penerimaan ini bukan saja terhad kepada pelajar tetapi golongan semua lapisan masyarakat yang memerlukannya.Penggunaan bahan ini akan lebih disenangi bagi mereka yang terlibat secara langsaung atau tidak lansung dapat menjaminkan keselesaan penggunaan bagi kedua-dua pihak.Setiap bahan yang digunakan perlulah dinilai dengan teliti agar bahan yang digunakan itu efektif dan membantu meningkatkan aktiviti penyampaian. Bahan yang dipilih perlu berjaya mencapai objektif yang telah disarankan diawal setiap penyampaian dari atribut yang terdapat pada media.






4.0 Penyesuaian perkembangan ICT di Malaysia
Beberapa kajian telah dikenalpasti bagi mangatasi masalah komunikasi media massa seperti yang dibuat oleh David Pushaw (1976), Fey (1986) dan William Littlewood (1992) telah mencadangkan beberapa strategi kaedah bagi mengatasi masalah komunikasi di kalangan masyarakat.Satu kaedah teori yang digunapakai ialah teori komunikasi yang dipolopri oleh seorang B.F Skinner (1953). Dalam pelaziman operan, peneguhan akan digunakan untuk mempastikan tingkahlaku berulang.Peneguhan adalah sesuatu yang memungkinkan sesuatu tingkahlaku itu diulang kerana ada unsur keselesaan dan kesenangan.Apabila seseorang itu (merujuk kepada pelajar atau klien) akan berkomunikasi dengan baik jika sekiranya mereka diberikan peneguhan yang positif semasa berbicara.Peneguhan yang negatif haruslah dielakkan .Dalam kaedah atau toeri ini penggunaan prinsip pelazimaan operan adalah antara teknik bagi mengubah tingkahlaku seseorang yang dinamakan teknik modifikasi tingkahlaku atau behaviour modification.
Apabila membincangkan tentang kepentingan perkembangan ICT sudah tentu ianya akan menimbulkkan masalah dalam komunikasi. Oleh itu permasalahan dalam komunikasi akan terjadi akibat daripada ketidaktentuan seseorang semasa berkomunikasi.Namun begitu terdapat juga beberapa kategori permasalahan dalam komunikasi iaitu masalah pertuturan, masalah / kecelaruan bahasa,kecelaruan suara dan masalah kelancaran.Ini terjadi akibat daripada kesan yang dialami oleh individu untuk menterjemahkan sesuatu tetapi tidak mempunyai aras kemahiran dalam komunikasi.
Masalah komunikasi juga ditakrifkan sebagai kelemahan dalam sebutan dan
penggunaan bahasa lisan di mana ianya melibatkan suara, bunyi-bunyi
pertuturan dan kelancaran (The American Speech Language - Hearing Assocation).Proses pembentukan teori komunikasi adalah urutan pelaksanaan atau kejadian yang terjadi secara terancang atau tidak terancang. Pembentukan teori komunikasi mungkin menggunakan waktu, ruang, keahlian atau sumber lain yang menghasilkan suatu hasil atau maklumat. Suatu proses mungkin dikenali oleh perubahan yang diciptakan terhadap sifat-sifat dari satu atau lebih objek di bawah pengaruhnya.
Menurut pandangan ahli kognitif, pembelajaran dan perkembangan ICT sebagai satu proses dalaman yang menghasilkan perubahan tingkahlaku yang agak kekal. Manakala aliran behavioris pula berpendapat bahawa pembelajaran ialah perubahan dalam tingkahlaku iaitu cara seseorang bertindak dalam suatu situasi. Dalam psikologi humanis komunikasi dianggap proses yang dapat membantu seseorang mencapai sempurna kendiri dan nilai individu.
Di Malaysia bidang komunikasi massa masih lagi diperingkat pembangunan.Ini kerana sebahagian besar keupayaan untuk menterjemahkan penyampaian kepada masyarakat masih lagi diperingkat sederhana.Walaupun tidak dapat dinafikan peranan komunikasi massa itu memainkan peranan yang penting bagi masyarakat namun ianya tidak disusuli dengan konsep pernerimaan oleh masyarakat secara keseluruhannya.Faktor lain kerana kurangnya kemudahan dan sikap masyarakat terhadap berita-berita yang kadang-kadang melanggar etika penerbitannya.Masih ada penyampaian yang tidak tepat dan sebagainya. Komunikasi massa menjadi masalah jika ia melibatkan bidang kajian yang perlu diselesaikan kerana sukar untuk merujuk kepada mereka yang terlibat secara langsung.Apa yang dilakukan oleh hanyalah dengan menggunakan nota atau panduan yang diberi atau melalui telefon.Antara lain kesukaran ialah:
i. Kajian yang melibatkan kajian dalam komunikasi massa adalah sukar kerana ia banyak melibatkan penggunaan teknologi maklumat berbanding secra konvensional.
ii. Keadaan sosial dan interaksi di antara pihak yang terlibat juga mendatangkan masalah kerana berada dalam situasi yang berbeza daripada persekitaran konvensional.
iii. Perlu kepada tenaga pengajar secara langsung kerana ia salah satu elemen penting dalam membuat kajian.
Menurut Rowe (1985:2) menyatakan bahawa “Every educational system must deal with three fundamental elements : the people, the methods, the plans. At the very top of this list, I have placed the teachers, because they are the key to all methods of education”.
Perkembangan ICT melalui universiti tempatan pula yang ditubuhkan dalam era teknologi telah melakukan perubahan pengendalian pada asasnya perlu mengambilkira dalam penggunaan teknologi maklumat walaupun tidak sepenuhnya. Oleh itu penggunaan teknologi maklumat melalui komunikasi massa adalah perlu.Ini kerana ia melibatkan kepakaran penggunaan teknologi maklumat.
Dalam proses komunikasi massa didapati tidak semua individu mendapat dan bersedia untuk menyesuaikan diri dengan perubahan tersebut. Apakah sikap dan tanggapan masyarakat, bagaimanakah mereka menangani perubahan tersebut, adakah pembaharuan dapat diterima oleh masyarakat.Itulah persoalan untuk melaksanakan perubahan tersebut dan adakah mereka faham faedah yang dibawa oleh teknologi maklumat di dalam pengendalian dalam bidng komunikasi massa .Oleh kerana matlamat komunikasi ialah membantu seseorang membuat perubahan tingkahlaku yang membolehkan seseorang itu menjalankan perubahan dalam kehidupannya dengan lebih proaktif dan memuaskan.Maka masyarakat khusunya harus memahami terlebih dahulu impak sebenar kesan daripada apa yang diterima itu akan mendatangkan kesan positif atau sebaliknya.

5.0 Kesimpulan
Apabila seseorang dapat menterjemahkan maklumat dalam diri untuk pembelajaran yang bermakna maka penguasaan yang bijak mengguna komunikasi dapat memanfaatkannya ke arah mengoptimumkan proses pennyampaian supaya lebih berkesan serta lebih bermakna.Bagi membantu individu mengenalpasti matlamat, mendefinisikan hala tuju bagi individu kearah kemajuan dan kesejahteraan hidupnya maka sifat bertanggungjawab menyediakan suasana komunikasi yang menggalakkan harus dijalankan iaitu lebih individu atau masyarakat yang kreatif dan berdikari.Sumbangan kreatif dan inovatif khususnya dalam menghasilkan pakej yang memboleh individu itu mencapai objetif ke arah menjana mindanya yang positif. Malah penggunaan komunikasi media melalui teori yang dibincangkan itu maka cadangan perubahan harus dilakukan terhadap keseluruhan bagi mencapai matlamatnya ialah melalui proses revolusi pembelajaran pada peringkat asas lagi.Diantara faktor ini ialah dapat membawa individu merevolusi pemikiran dan perubahan melalui media massa berlaku keatas paradigma pemikiran .

























6.0 Rujukan

1. Austin,L.A (1998) The Comunication.Pennsylvanis:Accelerated Development.
2. Brammer,H.M & Mac Donald,G.(1999) The Helping Relationship:Process and Skill.Boston: llyn and Bacon.
3. Heinich, R., Molenda, M., Russell, J. & Smaldino, S. (1999). Instructional Media and Technologies for Learning. Prentice-Hall.

4. Karthigesu, R. (1995). Dasar penyiaran Malaysia dalam Era Pascakolonial ke arah status negara maju. Siri Syarahan Perlantikan Profesor 1994/Bil 2, Universiti Sains Malaysia.

5. Newby, T., Stepich, D., Lehman, J & Russell, J. (2000). Instructional Technology for Teaching and Learning: Designing Instruction, Integrating Computers and Using Media. Prentice-Hall, Inc.

6. Razali Nor. (1997),Teknologi Pendidikan 2: Media Unjuran dan Media Elektronik. Percetakan Seasons, Sdn. Bhd.

7. Yusup Hashim. (1997). Siri Pendidikan Fajar Bakti:Media Pengajaran untuk Pendidikan dan Latihan. Fajar Bakti.

8. Yusup Hashim. (1998). Siri Pendidikan Fajar Bakti:Teknologi Pengajaran. Fajar Bakti.
9. http://segar_hasani blogspot.com